Malaysia legislation

Section 2

of AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH (PINDAAN) 2024

Seksyen 2

Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda—

(a)

dalam subseksyen 2(1)—

(i)

dengan menggantikan takrif “institusi kewangan”

dengan takrif yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1709

AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA

JENAYAH (PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1709

‘ “institusi kewangan” ertinya—

(a)

suatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan berlesen d i b a w a h A k t a P e r k h i d m a t a n

Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

suatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(c)

suatu institusi yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

[Akta 618];

(d)

seorang pemegang lesen di bawah

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

[Akta 731];

(e)

seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

(f)

suatu depositori pusat di bawah Akta

Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991

[Akta 453];

(g)

seorang pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti berlesen di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]; dan

(h)

seorang pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

[Akta 705];’;

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan)

(ii)

dengan memotong takrif “institusi kewangan luar pesisir”;

(iii)

dengan menggantikan takrif “kesalahan berat”

dengan takrif yang berikut:

‘ “kesalahan berat” ertinya—

(a)

suatu kesalahan terhadap undang-undang

Malaysia yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; atau

(b)

apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a);’;

(iv)

dalam takrif “kesalahan berat asing” dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) terhadap undang-undang sesuatu Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; dan”;

(v)

dalam takrif “pegawai diberi kuasa” dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan

“Badan Pencegah Rasuah” dengan perkataan

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia”;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1709

(vi)

dengan memasukkan selepas takrif “perakuan kekebalan undang-undang asing” takrif yang berikut:

‘ “peralatan” ertinya—

(a)

apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing; atau

(b)

apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing, sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar Malaysia;’;

(vii)

dalam takrif “perintah pelucuthakan” dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan

“atau peralatan”;

(viii)

dalam takrif “perintah pelucuthakan asing”—

(A)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;

(B)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;

(C)

d e n g a n m e m a s u k k a n s e l e p a s perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c) peralatan atau nilai peralatan itu;”; dan

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan)

(D)

dengan memotong perkataan “yang dibuat pada atau selepas tarikh perintah di bawah subseksyen 17(1) yang mengisytiharkan sesuatu Negara asing sebagai Negara asing yang ditetapkan mula berkuat kuasa atau pada atau selepas tarikh arahan khas yang diberikan oleh Menteri berkenaan dengan suatu

Negara asing di bawah seksyen 18;”; dan

(ix)

dalam takrif “perkara jenayah sampingan”, dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”; dan

(b)

dalam subseksyen 2(3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “yang berupa prosiding jenayah” dengan perkataan

“di sesuatu Negara asing yang ditetapkan”;

(ii)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) dimulakan apabila apa-apa tindakan dibawa ke mahkamah terhadap seseorang berhubung dengan suatu kesalahan berat asing;”; dan

(iii)

dalam subperenggan (b)(vi), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”.

Pindaan seksyen 3

Section 2 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH (PINDAAN) 2024