Malaysia legislation

Section 3

of AKTA BANTUAN GUAMAN (PINDAAN) 2017

Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian I

Bahagian yang berikut:

“Bahagian Ia

KHIDMAT BANTUAN GUAMAN

Khidmat bantuan guaman 2a.  (1)  Khidmat bantuan guaman yang diberikan di bawah

Akta ini hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a)

bantuan guaman dalam kes jenayah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian III;

(b)

bantuan guaman dalam tindakan sivil sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IV;

(c)

nasihat guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian V;

(d)

khidmat pengantaraan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian Va; dan

(e)

khidmat pendamping guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian Vb.

(2)

Khidmat bantuan guaman yang disebut dalam subseksyen (1)

boleh diberi kepada warganegara Malaysia sahaja.

Fi pendaftaran

Quoted provision

Seksyen 2b

(2)

Fi pendaftaran yang dibayar di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibelanjakan bagi maksud mentadbir khidmat bantuan guaman.”.

Pindaan seksyen 15

Section 3 — AKTA BANTUAN GUAMAN (PINDAAN) 2017 | mylaw.my