Malaysia legislation

Section 9

of AKTA BANTUAN GUAMAN (PINDAAN) 2017

Seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian Va

Bahagian yang berikut:

“Bahagian Vb

KHIDMAT PENDAMPING GUAMAN

Penyediaan khidmat pendamping guaman 29g.  (1)  Tertakluk kepada Bahagian ini, khidmat pendamping guaman berhubung dengan mana-mana prosiding bagi perihal kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima boleh disediakan bagi mana-mana orang.

(2)

Menteri boleh melalui perintah meminda Jadual Kelima.

Kelayakan bagi khidmat pendamping guaman 29h.  (1)  Mana-mana orang layak untuk membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman bagi khidmat pendamping guaman jika—

(a)

dia ialah seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa mana-mana kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima; dan

(b)

dia masih seorang kanak-kanak pada masa prosiding dimulakan di mahkamah.

Bantuan Guaman (Pindaan)

(2)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh memberikan suatu perakuan bantuan guaman kepada seseorang pemohon yang berhak di bawah Bahagian ini kepada khidmat pendamping guaman apabila dia berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi kehendak dalam subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang diberikan perakuan bantuan guaman di bawah subseksyen (2) boleh dikehendaki untuk membayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman suatu sumbangan bagi suatu jumlah wang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(4)

Sumbangan yang dibayar di bawah subseksyen (3)

hendaklah dibelanjakan bagi maksud mentadbir khidmat bantuan guaman.

Khidmat pendamping guaman 29i.  (1)  Khidmat pendamping guaman boleh diberi bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menasihati penjaga, atau pelindung orang yang dibantu yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengenai perkara undang-undang;

(b)

untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan yang berhubungan dengan pertuduhan terhadap mana-mana orang tertuduh dalam mana-mana prosiding jenayah yang orang yang dibantu merupakan mangsa;

(c)

untuk mendampingi orang yang dibantu dalam mana-mana prosiding di mahkamah, dan dengan kebenaran mahkamah, untuk bercakap bagi pihak orang yang dibantu, jika perlu; dan

(d)

untuk menasihati penjaga, atau pelindung orang yang dibantu yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan apa-apa tindakan sivil yang boleh dibawa atau dimulakan oleh orang yang dibantu, jika ada.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1548

(2)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh pada bila-bila masa memberhentikan khidmat pendamping guaman yang diberi kepada orang yang dibantu.”.

Pindaan seksyen 32

Section 9 — AKTA BANTUAN GUAMAN (PINDAAN) 2017 | mylaw.my