Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti
(a)
sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau
(b)
hak untuk memohon beli apa-apa sekuriti sedemikian.
Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 9
(2)
Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.
(3)
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh
Menteri
Kewangan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subseksyen 8(3)(a)(iv) Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61].
(4)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(5)
Duti setem hendaklah tidak dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang―
(a)
diakibatkan oleh penerbitan syer yang diuntukkan pada masa bila syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan
(b)
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah diakibatkan oleh penerbitan syer yang dilanggan oleh Menteri
Kewangan di bawah subseksyen (1)(a).
Penjalanan fungsi Menteri Kewangan menerusi penama