Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA BEKALAN ELEKRIK (SYARIKAT PENGGANTI) 1990

Seksyen 8

(2)

Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer tidak terbit syarikat itu yang hendak diuntukkan kepada anggota syarikat sebagai syer bonus berbayar penuh.

(3)

Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti―

(a)

peletakhakan yang dikuatkuasakan menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dikira sebagai suatu peletakhakan segala harta, hak dan liabiliti yang Lembaga berhak atau tertakluk kepada sebelum sahaja penghujung tahun perakaunan genap terakhir Lembaga, yang berakhir sebelum tarikh pemindahan dan sebagai telah dikuatkuasakan selepas sahaja penghujung tahun itu; dan

(b)

nilai apa-apa aset dan amaun apa-apa liabiliti Lembaga, yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa perenggan (a) hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan pada aset atau liabiliti itu bagi maksud penyata akaun bersamaan yang disediakan oleh

Lembaga, berkenaan dengan tahun itu.

(4)

Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan apa-apa butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh

Lembaga, sama ada dengan cara memperoleh, menilai semula atau melupuskan apa-apa aset atau melakukan, menilai semula atau menyelesaikan apa-apa liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun pada apa-apa peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 11

(5)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (4) amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan untung direalisasikan yang terkumpul hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa untung yang direalisasikan dan dipegang simpan oleh

Lembaga telah direalisasikan dan dipegang simpan oleh syarikat pengganti.

(6)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud apa-apa peruntukan Akta

Syarikat 1965.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Ogos atau suatu tempoh yang hendaklah ditentukan oleh Menteri Kewangan.

Section 8 — AKTA BEKALAN ELEKRIK (SYARIKAT PENGGANTI) 1990