Malaysia legislation

Section 7

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024

Seksyen 7

Kecualian dan peralihan

(2)

Apa-apa Perakuan Kelulusan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap yang dikeluarkan di bawah Akta ibu dan masih berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan di bawah

Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 dan hendaklah terus sah sehingga Perakuan Kelulusan itu tamat tempoh atau dibatalkan oleh Suruhanjaya.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(3)

Apa-apa laporan ujian prestasi tenaga, yang dibuat berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap di bawah

Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat dengan sah di bawah

Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 dan hendaklah terus sah untuk tempoh lima tahun dari tarikh laporan itu atau sehingga laporan itu dibatalkan oleh Suruhanjaya.

(4)

Apa-apa notis, perintah atau larangan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.

(5)

Apa-apa tindakan, penyitaan, pendakwaan atau prosiding yang diambil, dibuat, dimulakan atau belum selesai berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(6)

Mana-mana peruntukan dalam perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perenggan 53(xa), (xj) dan (xk) Akta ibu yang dipotong hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024.

Section 7 — AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024 | mylaw.my