Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Jadual kepada Akta ibu dipinda—
(a)
dalam Bahagian I—
(i)
dalam perenggan 1—
(A)
dengan menggantikan subperenggan (2)
dengan subperenggan yang berikut:
“(2) Anggota Lembaga yang mewakili organisasi media hendaklah memegang jawatan sebagai wakil organisasi media mereka.”; dan
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1762
(B)
dengan menggantikan subperenggan (3)
dengan subperenggan yang berikut:
“(3) Empat orang anggota Lembaga yang mewakili Kerajaan Malaysia hendaklah merupakan wakil daripada
Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri.”;
(ii)
dengan menggantikan subsubperenggan 3(2)(a)
dengan subsubperenggan yang berikut:
“(a) seseorang anggota yang mewakili suatu organisasi media, anggota Lembaga itu hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan organisasi media yang diwakilinya, atau apabila organisasi media yang diwakilinya itu tidak lagi menjadi pelanggan BERNAMA; dan”;
(iii)
dengan menggantikan subperenggan 4(1) dengan subperenggan yang berikut:
“(1) Tatacara yang berikut hendaklah diterima pakai bagi mengisi kekosongan dalam
Lembaga yang timbul daripada apa-apa sebab yang disenaraikan dalam perenggan 3:
(a)
dalam hal anggota yang mewakili organisasi media, pelantikan bagi maksud mengisi apa-apa kekosongan hendaklah dibuat atas syor organisasi media yang wakilnya telah mengosongkan jawatannya; dan 7
(b)
dalam hal suatu kekosongan yang timbul disebabkan oleh organisasi media yang wakilnya diwakili dalam
Lembaga tidak lagi menjadi pelanggan
BERNAMA, organisasi media yang masih menjadi pelanggan BERNAMA hendaklah membuat syor kepada
Yang di-Pertuan Agong.”; dan
(iv)
dalam subperenggan 5(4), dengan menggantikan perkataan “tuan punya surat khabar” dengan perkataan “organisasi media”; dan
(b)
dalam Bahagian II, dalam subperenggan 3(2), dengan menggantikan perkataan “sesuatu surat khabar, radio atau televisyen yang menjadi pelanggan” dengan perkataan
“pelanggan”.