Malaysia legislation

Section 55

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 55

(2)

Walau apapun peruntukan seksyen-kecil (1) sesuatu penyerahakan sesuatu cap dagangan tanpa muhibbah samada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini adalah tidak sah jika tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu pada bila-bila masa dalam Malaysia oleh penyerahak itu atau pemegang hakmiliknya sebelumnya tetapi peruntukan-peruntukan seksyen-kecil ini tidaklah dipakai jika—

(a)

cap dagangan itu telah didaftarkan dengan tujuan supaya ia boleh diserahakkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang masih hendak ditubuhkan dan cap dagangan itu telah diserahakkan; atau

(b)

cap dagangan itu telah didaftarkan dengan tujuan supaya seseorang akan dibenarkan menggunakannya sebagai seorang pengguna berdaftar dan pengguna berdaftar itu pula telah didaftarkan mengenai cap dagangan itu dalam tempoh enam bulan selepas pendaftaran cap dagangan itu dan telah menggunakan cap dagangan itu dalam tempoh itu.

(3)

Walau apapun yang terkandung dalam seksyen-kecil

(1)

, sesuatu cap dagangan tidak boleh diserahakkan atau berpindah atau disifatkan sebagai telah boleh diserahakkan atau berpindah jika, sebagai hasil dari sesuatu penyerahakan atau perpindahan, hak-hak eksklusif akan masih ada atau mungkin masih ada dalam hal keadaan itu, samada di bawah common law atau melalui pendaftaran, pada lebih daripada seorang daripada orang-orang yang berkenaan itu, ke atas penggunaan, berhubung dengan barang-barang yang sama atau barang-barang dari perihal yang sama, cap-cap dagangan yang hampir menyerupai satu sama lain atau cap-cap dagangan yang serupa, jika, memandang kepada persamaan barang-barang itu dan persamaan cap-cap dagangan itu, penggunaan cap-cap dagangan itu pada menjalankan hak-hak itu akan atau mungkin telah memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan dan jika sesuatu cap dagangan adalah atau telah diserahakkan atau berpindah sedemikian maka penyerahakan atau permindahan itu tidak boleh disifatkan sebagai tidak sah atau telah tidak sah di bawah seksyen-kecil ini jika hak-hak eksklusif yang masih ada sebagai hasil darinya itu pada orang-orang yang berkenaan itu masing-masing, memandang kepada batasan-batasan yang dikenakan ke atasnya, adalah hak-hak eksklusif yang tidak boleh dijalankan oleh dua orang atau lebih daripada orang-orang itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli dalam Malaysia (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke pasaran yang sama di luar Malaysia.

(4)

Jika suatu permohonan dibuat

(4)

Jika suatu permohonan dibuat dengan cara yang ditetapkan oleh tuanpunya berdaftar suatu cap dagangan yang bercadang hendak menyerahakkannya atau oleh seseorang yang menyatakan bahawa suatu cap dagangan telah dipindahkan kepadanya atau kepada pemegang hakmiliknya sebelumnya semenjak mula berkuatkuasanya Akta ini, Pendaftar, jika ia berpuashati bahawa dalam segala hal keadaan penggunaan cap-cap dagangan itu pada menjalankan hak-hak tersebut tidak akan berlawanan dengan kepentingan orangramai, boleh secara bertulis meluluskan penyerahakan atau perpindahan itu dan sesuatu penyerahakan atau perpindahan yang diluluskan sedemikian tidak

CAP DAGANGAN boleh disifatkan sebagai tidak sah atau sebagai telah tidak sah di bawah seksyen ini tetapi peruntukan ini tidak berkuatkuasa melainkan jika permohonan untuk mendaftarkan di bawah seksyen 47 hakmilik orang yang menjadi berhak itu dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusan itu diberi atau, mengenai sesuatu perpindahan, telah dibuat dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh itu.

(5)

Jika sesuatu penyerahakan cap dagangan mengenai barang-barang adalah dibuat tanpa kena-mengena dengan muhibbah sesuatu perniagaan mengenai barang-barang itu dan pada masa penyerahakan itu cap dagangan itu digunakan dalam sesuatu perniagaan mengenai barang-barang itu maka penyerahakan itu tidak boleh disifatkan sebagai telah berlaku melainkan jika penerima serahakan itu memohon kepada Pendaftar untuk mendapatkan arahan-arahan berkenaan dengan pengiklanan penyerahakan itu dalam tempoh enam bulan dari tarikh penyerahakan itu dibuat dan penerima serahakan itu mengiklankan penyerahakan itu mengikut bentuk dan cara dan dalam tempoh yang diarahkan oleh Pendaftar.

(6)

Semua hak yang masih ada mengenai sesuatu cap dagangan samada di bawah Akta ini atau selainnya hendak-lah disifatkan sebagai diserahakkan atau berpindah apabila penyerahakan atau perpindahan cap dagangan itu didaftarkan.

(7)

Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.