Malaysia legislation
Section 106
Seksyen 106
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—
(a)
semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran pengilang dan penjual;
(b)
semua perkara yang berhubungan dengan tempoh bercukai;
(c)
semua perkara yang berhubungan dengan penentuan nilai jualan barang bercukai dan barang bernilai rendah;
Cukai Jualan 117
(d)
semua perkara yang berhubungan dengan pengemukaan penyata dan pembayaran cukai jualan;
(e)
semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran balik, pulang balik dan peremitan cukai jualan;
(f)
semua perkara yang berhubungan dengan ketetapan awam dan ketetapan kastam;
(g)
semua perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan elektronik;
(h)
semua perkara yang berhubungan dengan invois, nota kredit dan nota debit;
(i)
semua perkara yang berhubungan dengan pejabat bagi pentadbiran cukai jualan;
(j)
semua fi yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh Akta ini;
(k)
(Dipotong oleh Akta 851).
(ka) semua perkara yang berhubungan dengan barang bernilai rendah;
(l)
semua perkara yang berhubungan dengan petroleum; atau
(m)
apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh
Akta ini.
(3)
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Kuasa untuk melanjutkan tempoh