Malaysia legislation
Section 107
Seksyen 107
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang yang disebut dalam subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan itu dibuat, dan orang itu hendaklah mengenakan cukai jualan ke atas barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan oleh orang itu berkuat kuasa dari hari itu.
(3)
Mana-mana orang yang mengilang barang sebelum tarikh efektif yang barang itu merupakan barang bercukai pada tarikh efektif dan telah membuat permohonan sebelum tarikh efektif kepada
Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai pengilang berdaftar di bawah Akta ini—
(a)
hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan mengikut seksyen 13 pada tarikh efektif jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai jualan semua barang bercukainya dalam bulan bagi tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen 12(1); dan
(b)
hendaklah mengenakan cukai jualan ke atas barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan oleh orang itu berkuat kuasa dari tarikh efektif.
120 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
(4)
Pengilang yang didaftarkan di bawah *Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 sebelum tarikh efektif dan mengilang barang bercukai pada tarikh efektif—
(a)
hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan mengikut seksyen 13 pada tarikh efektif jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai jualan semua barang bercukainya dalam bulan bagi tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen 12(1); dan
(b)
hendaklah mengenakan cukai jualan ke atas barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan oleh pengilang itu berkuat kuasa dari tarikh efektif.
Perjanjian berperingkat atau berkala