Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
Menteri boleh menentukan masa yang berlainan bagi cukai jualan menjadi genap masa berkenaan dengan petroleum tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri; dan
(b)
jika apa-apa jualan barang bercukai dibuat oleh mana-mana orang, yang merupakan orang bercukai di bawah Akta ini, dalam tempoh bermula dari 1 Jun 2018 dan berakhir sebaik sebelum tarikh efektif, dan barang bercukai itu dihantar pada atau selepas tarikh efektif—
(i)
jualan barang bercukai itu hendaklah disifatkan telah dibuat pada tarikh barang bercukai itu dihantar walaupun apa-apa pembayaran, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, diterima atau invois dikeluarkan, bagi barang bercukai itu dalam tempoh itu;
(ii)
apa-apa pembayaran yang diterima dalam tempoh itu atau pada atau selepas tarikh efektif, atau invois dikeluarkan dalam tempoh itu, hendaklah disifatkan telah diterima atau dikeluarkan pada tarikh barang bercukai itu dihantar; dan
(iii)
cukai jualan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas barang bercukai itu dan hendaklah menjadi genap masa pada tarikh barang bercukai itu dihantar.
(3)
Jika barang bercukai yang disebut dalam subperenggan (2)(b)
ialah petroleum, cukai jualan berkenaan dengan petroleum itu
Cukai Jualan 23
hendaklah menjadi genap masa pada masa yang ditentukan di bawah subperenggan (2)(a).
(4)
Jika mana-mana pengilang berdaftar yang berhenti menjalankan perniagaan sebagai pengilang digantikan dalam perniagaan itu oleh orang lain yang—
(a)
membeli daripada pengilang berdaftar itu apa-apa stok barang bercukai yang ada dalam tangan pada tarikh pemberhentian itu; atau
(b)
memperoleh apa-apa stok barang bercukai sebagai seorang pemegang amanah, penerima, pelikuidasi, penerima derma, atau benefisiari bagi pengilang berdaftar itu, tiada cukai jualan boleh menjadi genap masa ke atas pembelian atau pemerolehan itu.
BAHAGIAN IIIA
PENGENAAN CUKAI JUALAN KE ATAS BARANG BERNILAI
RENDAH
Tafsiran