Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
orang yang menjalankan perniagaan dalam suatu perkongsian sebagai pengilang berdaftar hendaklah atas nama firma itu; dan
(b)
orang yang sama yang menjalankan perniagaan yang berasingan dalam suatu perkongsian sebagai pengilang berdaftar hendaklah atas nama yang berasingan bagi firma-firma itu masing-masing.
Cukai Jualan 31
(2)
Dalam menentukan sama ada barang bercukai dikilangkan oleh orang yang disebut dalam subseksyen (1), tiada apa-apa perubahan dalam perkongsian itu boleh diambil kira.
(3)
Mana-mana orang yang terhenti menjadi pekongsi dalam suatu perkongsian hendaklah—
(a)
memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai tarikh pemberhentian itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu; dan
(b)
membayar perkadaran tanggungan perkongsian itu ke atas apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang dikilangkan oleh perkongsian itu sehingga tarikh pemberhentian itu.
(4)
Jika mana-mana orang terhenti menjadi pekongsi dalam suatu perkongsian di bawah subseksyen (3) dalam apa-apa tempoh bercukai, apa-apa notis, sama ada mengenai taksiran atau selainnya, yang disampaikan kepada perkongsian itu dan yang berhubungan dengan tempoh bercukai itu atau dengan apa-apa tempoh bercukai yang lain yang semasa keseluruhan atau sebahagian daripada tempoh bercukai itu dia ialah pekongsi dalam perkongsian itu, hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan juga kepadanya.
(5)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa notis, sama ada mengenai taksiran atau selainnya, yang dialamatkan kepada suatu perkongsian mengikut nama yang dengannya perkongsian itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan disampaikan mengikut Akta ini hendaklah disifatkan—
(a)
sebagai telah disampaikan dengan sewajarnya kepada perkongsian itu; dan
(b)
jika subseksyen (4) terpakai, sebagai telah disampaikan dengan sewajarnya kepada mana-mana pekongsi yang terdahulu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
(6)
Subseksyen (1) dan (3) tidaklah menjejaskan takat yang seorang pekongsi bertanggungan bagi cukai jualan yang terhutang oleh firma itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(7)
Jika seseorang itu merupakan pekongsi dalam suatu firma dalam sebahagian daripada suatu tempoh bercukai sahaja, tanggungannya bagi cukai jualan ke atas jualan barang bercukai oleh firma itu dalam tempoh bercukai itu hendaklah mengikut perkadaran tanggungan firma itu sebagaimana yang patut.
(8)
Jika apa-apa notis dikehendaki supaya diberikan oleh suatu perkongsian di bawah Akta ini, hendaklah menjadi tanggungan bersesama dan berasingan semua pekongsi untuk memberikan notis itu, kecuali jika suatu notis diberikan oleh mana-mana pekongsi, ia hendaklah dianggap sebagai pematuhan yang mencukupi bagi kehendak itu.
(9)
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a) atau (b)
melakukan suatu kesalahan.
(10)
Bagi maksud seksyen ini, suatu perkongsian tidak termasuk suatu perkongsian liabiliti terhad.
Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar