Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 18 dan
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pengilang berdaftar telah berhenti mengilang barang bercukai atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 17, Ketua Pengarah boleh
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
membatalkan pendaftarannya dari tarikh pengilang berdaftar itu berhenti mengilang barang bercukai atau terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 17, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari pengilang didaftarkan—
(a)
dalam hal seorang pengilang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 13, pengilang itu telah tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 atau telah berhenti mengilang barang bercukai; atau
(b)
dalam hal seorang pengilang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 14, pengilang itu telah tidak mengilang barang bercukai atau telah berhenti mengilang barang bercukai,
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pengilang itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada pengilang itu.
(4)
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran seorang pengilang berdaftar di bawah subseksyen 14(2) jika pengilang berdaftar itu memungkiri apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan pendaftaran itu berkuat kuasa dari tarikh kemungkiran itu atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(5)
Ketua Pengarah boleh, atas permohonan oleh pengilang berdaftar, membatalkan pendaftaran pengilang berdaftar itu jika pengilang berdaftar itu telah dikecualikan daripada pendaftaran menurut subseksyen 20(1).
Pengecualian daripada pendaftaran