Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan suatu invois, pengilang berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah mengeluarkan suatu invois kepada pembeli walaupun tiada penyerahan apa-apa dokumen yang setara dengannya dalam bentuk kertas kepada pembeli itu jika butir-butir yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen 21(1) direkodkan dalam komputer dan—
(a)
dihantar atau dijadikan tersedia kepada pembeli itu secara elektronik; atau
(b)
dikeluarkan atas apa-apa bahan selain kertas dan diserahkan kepada pembeli itu.
Nota kredit dan nota debit