Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 26

(2)

Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah perenggan 25(4)(c)

dan walau apa pun subseksyen (1), penyata itu hendaklah dikemukakan dalam masa tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu.

(3)

Mana-mana pengilang berdaftar yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 17 atau berhenti mengilang barang bercukai di bawah seksyen 18 hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian sedemikian, atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh

Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya pengilang itu didaftarkan.

(4)

Jika mana-mana pengilang berdaftar yang berhenti menjalankan perniagaan sebagai pengilang mempunyai stok apa-apa barang bercukai yang baginya cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar belum dibayar dan jika subseksyen 11(4) tidak terpakai, pengilang berdaftar itu hendaklah memasukkan butir-butir barang itu dalam penyata yang hendaklah dikemukakan olehnya bagi tempoh bercukai terakhirnya seolah-olah barang itu telah dijual olehnya semasa tempoh bercukai itu, dan dia hendaklah membayar cukai jualan dengan sewajarnya.

(5)

Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar olehnya berkenaan dengan tempoh bercukai yang

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 806

berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang dia dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.

(6)

Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2), (3) dan (4)

hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai jualan yang kena dibayar atau tidak.

(7)

Mana-mana orang kena cukai yang—

(a)

melanggar subseksyen (1), (2), (3) atau (4); atau

(b)

mengemukakan suatu penyata yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(8)

Jika apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang kena cukai selepas hari terakhir cukai jualan itu telah genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (5) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang kena cukai itu hendaklah membayar—

(a)

untuk tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai jualan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai jualan itu yang masih belum dibayar;

(b)

untuk tempoh tiga puluh hari kedua yang cukai jualan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai jualan itu yang masih belum dibayar; dan

(c)

untuk tempoh tiga puluh hari ketiga yang cukai jualan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas

Cukai Jualan 41

peratus daripada amaun cukai jualan itu yang masih belum dibayar.

(9)

Mana-mana orang kena cukai yang tidak membayar kepada

Ketua Pengarah amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(10)

Tertakluk pada subseksyen (12), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (9) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 8(c).

(11)

Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (9), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang kena cukai yang disabitkan dengan kesalahan di bawah subseksyen (9) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (8).

(12)

Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (9)

boleh dimulakan terhadap mana-mana orang kena cukai yang telah membayar amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (8) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (8).

Kuasa untuk menaksir