Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(a)
tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 13;
(b)
tidak mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 26;
atau
(c)
mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh
Ketua Pengarah sebagai tidak lengkap atau tidak betul,
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 26(8), jika ada, oleh orang kena cukai itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang kena cukai itu tentang taksiran itu secara bertulis.
(2)
Jika suatu amaun telah dibayar kepada mana-mana orang sebagai pembayaran balik cukai jualan di bawah Akta ini yang sepatutnya tidak dibayar kepadanya, Ketua Pengarah boleh menaksir amaun pembayaran balik itu sebagai cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.
(3)
Taksiran di bawah subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh cukai jualan itu telah genap masa dan kena dibayar atau dari tarikh pembayaran balik cukai jualan itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang berhubung dengan cukai jualan atau pembayaran balik itu,
Ketua Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan cukai jualan atau pembayaran bayaran balik cukai jualan yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran sengaja itu, membuat suatu taksiran pada bila-bila masa.
(4)
Pegawai cukai jualan yang hak boleh menaksir cukai jualan yang kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang diimport oleh mana-mana orang.
(5)
Jika mana-mana orang kena cukai telah mendapat kawalan ke atas mana-mana barang bercukai atau telah mengimport mana-mana barang bercukai, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang kena cukai itu untuk mengakaunkan barang bercukai itu.
(6)
Jika orang kena cukai tidak mengakaunkan barang bercukai di bawah subseksyen (5) oleh sebab—
(a)
barang bercukai itu telah dijual olehnya;
Cukai Jualan 43
(b)
barang bercukai itu telah dieksport atau dipindahkan melalui jualan; atau
(c)
barang bercukai itu telah hilang atau musnah,
Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai jualan yang sepatutnya boleh dikenakan berkenaan dengan barang bercukai itu jika barang itu telah dijual olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang kena cukai itu tentang taksiran itu secara bertulis.
(7)
Jika—
(a)
Ketua Pengarah telah membuat suatu taksiran cukai jualan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan perenggan (1)(a)
atau (b);
(b)
cukai jualan yang ditaksir di bawah perenggan (a) telah dibayar tetapi tiada penyata dikemukakan bagi tempoh bercukai yang berhubungan dengan taksiran itu; dan
(c)
orang kena cukai tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh bercukai yang berikutnya,
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menaksir suatu amaun cukai jualan yang lebih tinggi daripada amaun yang selainnya patut dipertimbangkannya sebagai wajar.
(8)
Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa amaun yang sepatutnya telah ditaksir dalam suatu taksiran di bawah subseksyen (1), (2), (4), (6) atau (7) melebihi amaun yang ditaksir sedemikian, dia boleh—
(a)
di bawah peruntukan yang sama sebagaimana yang taksiran itu dibuat; dan
(b)
dalam hal orang kena cukai, dalam tempoh bercukai yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat,
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
membuat suatu taksiran tambahan bagi amaun yang terlebih itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis dengan sewajarnya.
(9)
Jika amaun cukai jualan dan penalti, jika ada, telah ditaksir dan diberitahu menurut subseksyen (1), (2), (6) atau (8), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar, oleh orang itu dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan amaun cukai jualan dan penalti itu, jika ada, hendaklah dibayar oleh orang itu, sama ada atau tidak orang itu merayu terhadap taksiran itu, kepada Ketua Pengarah melainkan jika atau kecuali setakat taksiran itu ditarik balik atau dikurangkan oleh Ketua Pengarah.
(10)
Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan atau pertambahan kepada taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk memastikan taksiran itu betul dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis.
Mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik atau pulang balik