Malaysia legislation
Section 27A
Seksyen 27A
Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, secara keseluruhannya atau sebahagiannya—
(a)
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
*Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];
*CATATAN—Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2014 dan 1 April 2015—lihat seksyen 178 Akta 762. Akta 762 telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pemansuhan) 2018 [Akta 805]. Seterusnya, Akta 805 telah dimansuhkan.
Cukai Jualan 45
(c)
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
*Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];
(d)
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807];
(e)
apa-apa amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
**Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762];
(f)
apa-apa amaun duti kastam, atau apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Kastam 1967; atau
(g)
apa-apa amaun duti eksais, atau apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Eksais 1976,
Ketua Pengarah boleh mengimbangkan, terhadap amaun yang masih belum dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f)
dan (g), apa-apa amaun atau mana-mana bahagian daripada apa-apa amaun pembayaran balik atau pulang balik yang kena dibayar kepada orang itu dan Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang diimbangkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang itu.
*CATATAN—Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2014 dan 1 April 2015—lihat seksyen 181 Akta 762. Akta 762 telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pemansuhan) 2018 [Akta 805]. Seterusnya, Akta 805 telah dimansuhkan.
**CATATAN—Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah dimansuhkan oleh
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805] yang berkuat kuasa pada 1 September 2018—lihat seksyen 3 Akta 805. Seterusnya, Akta 805 telah dimansuhkan.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
Mendapatkan balik cukai jualan, dsb., sebagai hutang sivil