Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 4

(2)

Tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan cukai jualan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain yang diberikan di bawah seksyen 7, 41, 42 dan 105.

(3)

Mana-mana orang, selain seorang pegawai cukai jualan, boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua Pengarah untuk apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cukai jualan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai cukai jualan bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.

(4)

Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis, memberi mana-mana pegawai cukai jualan yang bukan pegawai kanan cukai jualan kesemua atau mana-mana kuasa seorang pegawai kanan cukai jualan bagi tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.

Cukai Jualan 17

(5)

Mana-mana pegawai cukai jualan hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya peruntukan Akta ini.

Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam