Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
Apabila pegawai kanan cukai jualan mendapati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut ada disembunyikan atau disimpan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah barang, dokumen, artikel atau
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
benda itu mungkin akan dipindahkan, dia boleh menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan tempat, premis atau pengangkut itu, semua kuasa di bawah seksyen 66 mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.