Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 71

(a)

memulangkan barang itu secara sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripadanya milikan, jagaan atau kawalan barang itu disita, atau kepada mana-mana orang sebagaimana yang dipertimbangkan oleh pegawai kanan cukai jualan itu sebagai berhak kepada barang itu, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai kanan cukai jualan itu dan jaminan yang mencukupi dikemukakan sehingga memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan itu bahawa barang itu hendaklah diserahkan balik kepada pegawai kanan cukai jualan itu atas permintaan yang dibuat oleh pegawai kanan cukai jualan itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, hendaklah dipatuhi;

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 806

(b)

memulangkan barang itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripadanya milikan, jagaan atau kawalan barang itu disita, atau kepada mana-mana orang sebagaimana yang dipertimbangkan oleh pegawai kanan cukai jualan itu sebagai berhak kepada barang itu, dengan kebebasan bagi orang yang kepadanya barang itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskan barang itu; atau

(c)

menjual atau memusnahkan barang itu, sebagaimana yang wajar dalam hal keadaan itu, jika barang itu ialah makhluk hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan cukai jualan itu, barang itu bersifat mudah rosak atau berbahaya atau mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan jika barang itu dijual, pegawai kanan cukai jualan itu hendaklah memegang hasil jualan untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.

(2)

Pemulangan barang di bawah perenggan (1)(b) hendaklah tertakluk pada jaminan yang dikemukakan sehingga memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan dalam suatu amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai kanan cukai jualan itu, mewakili—

(a)

nilai jualan barang itu, pada tarikh barang itu dipulangkan sedemikian; dan

(b)

cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan barang itu, jika ada, bagi pembayaran amaun yang dijamin kepada Ketua Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah seksyen 81.

(3)

Apabila mana-mana barang dipulangkan atau dilupuskan di bawah subseksyen (1), suatu dokumen yang berupa suatu perakuan mengikut subseksyen 74(2) hendaklah dikeluarkan oleh pegawai kanan cukai jualan.

(4)

Mana-mana orang yang—

Cukai Jualan 85

(a)

tidak menyerahkan balik apabila diminta kepada pegawai kanan cukai jualan barang yang dipulangkan secara sementara kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau

(b)

tidak mematuhi atau melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(5)

Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (4)

adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang orang itu atau mana-mana orang lain boleh dikenakan di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pemulangan barang di bawah perenggan (1)(a).

(6)

Peruntukan subseksyen (4) tidak terpakai bagi seseorang yang menjadi penggerenti atau penjamin orang yang kepadanya barang dipulangkan di bawah perenggan (1)(a).

(7)

Menteri boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana kes atau kelas kes tertentu, memberi apa-apa arahan kepada

Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya atau suai manfaat berkenaan dengan penjalanan kuasa yang diberikan kepada pegawai kanan cukai jualan di bawah subseksyen (1).

Kuasa menangkap