Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
(a)
suatu tuntutan ke atas barang itu atau hasil jualan barang itu dibuat di bawah subseksyen (2);
(b)
suatu permohonan bertulis dibuat bagi pemulangan barang itu di bawah perenggan 71(1)(a) atau (b); atau
(c)
barang itu dipulangkan di bawah perenggan 71(1)(a)
atau (b).
(2)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bahawa barang atau hasil jualan barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, secara ke diri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada mana-mana pegawai kanan cukai jualan bahawa dia menuntut barang atau hasil jualan barang itu.
(3)
Jika terdapat suatu tuntutan atau permohonan bertulis yang dibuat dalam tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1) dan tiada pendakwaan berkenaan dengan barang itu, pegawai kanan cukai jualan hendaklah, apabila habis tempoh tiga puluh hari itu, merujukkan tuntutan atau permohonan itu kepada
Ketua Pengarah.
(4)
Apabila dirujuk oleh pegawai kanan cukai jualan di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh mengarahkan pegawai kanan cukai jualan itu—
(a)
untuk melepaskan barang itu atau hasil jualan barang itu atau jaminan yang dikemukakan di bawah perenggan 71(1)(a) atau subseksyen 71(2); atau
(b)
melalui maklumat dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, untuk merujukkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen bagi suatu keputusan.
(5)
Mahkamah Sesyen hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu, dan orang yang daripadanya
Cukai Jualan 97
barang itu disita, supaya hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar untuk hadir, selepas penyampaian sewajarnya saman itu dibuktikan, Mahkamah Sesyen hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu, dan apabila ada bukti bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan—
(a)
hendaklah memerintahkan barang itu atau hasil jualan barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 71(1)(a) atau subseksyen 71(2) dilucuthakkan;
atau
(b)
jika tiada bukti sedemikian, boleh memerintahkan pelepasan barang itu atau hasil jualan barang itu atau jaminan yang dikemukakan di bawah perenggan 71(1)(a)
atau subseksyen 71(2).
(6)
Dalam mana-mana prosiding di bawah subseksyen (5), seksyen 83 hendaklah terpakai bagi orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu dan bagi orang yang daripadanya barang itu disita seolah-olah pemunya atau orang itu merupakan tertuduh dalam suatu pendakwaan di bawah
Akta ini.
Beban pembuktian