Malaysia legislation

Section 86

of *AKTA CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 86

(a)

meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menjejaskan amaun cukai jualan yang boleh dikenakan olehnya atau orang lain;

(b)

membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu dalam mana-mana penyata, tuntutan atau permohonan;

(c)

memberikan apa-apa jawapan palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, bagi apa-apa soalan yang ditanya atau permintaan untuk mendapatkan maklumat yang dibuat di bawah Akta ini;

(d)

menyediakan atau menyenggarakan, atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan, apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun, invois atau rekod; atau

(e)

membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—

(a)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai jualan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan

Cukai Jualan 101

(b)

bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda amaun cukai jualan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), jika amaun cukai jualan itu tidak boleh ditentukan, orang itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(4)

Mana-mana orang yang membantu dalam, atau menasihati berkenaan dengan, penyediaan apa-apa penyata jika penyata itu mengakibatkan suatu kenyataan yang kurang benar terhadap tanggungan cukai jualan seorang yang lain, melainkan jika orang itu memuaskan hati mahkamah bahawa bantuan atau nasihat itu telah diberikan dengan penelitian yang munasabah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5)

Apa-apa sebutan di bawah perenggan (1)(e) berhubung dengan seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuk sebutan mengenai seorang yang, tanpa kuasa pegawai cukai jualan—

(a)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;

(b)

memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer melalui apa-apa cara data bagi maksud—

(i)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data lain yang disimpan dalam komputer itu; atau 102 Undang-Undang Malaysia AKTA 806

(ii)

mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan secara sah komputer itu, atau data yang disimpan dalam komputer itu; atau

(c)

selainnya menggunakan komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak cukai jualan.

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau bahagian daripada suatu program komputer.

(7)

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa pengelakan cukai jualan hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh.

Pengelakan cukai jualan atas barang bercukai yang diimport

Section 86 — AKTA CUKAI JUALAN 2018 | mylaw.my