Malaysia legislation

Section 10

of AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 10

Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Ketua Pengarah.

Section 10 — AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2022 | mylaw.my