Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian III bahagian yang berikut:
“Bahagian IIIa
PENGENAAN CUKAI JUALAN KE ATAS BARANG BERNILAI RENDAH
Tafsiran 11a. Bagi maksud Bahagian ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan Bahagian ini—
“barang bernilai rendah” ertinya apa-apa barang atau kelas barang di luar Malaysia yang ditetapkan yang dijual pada harga tidak lebih daripada amaun yang ditetapkan dan dibawa masuk ke Malaysia mengikut cara yang ditetapkan;
“penjual” ertinya seseorang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, yang menjual barang bernilai rendah di suatu pasaran dalam talian atau mengendalikan suatu pasaran dalam talian untuk penjualan dan pembelian barang bernilai rendah;
“penjual berdaftar” ertinya mana-mana penjual yang berdaftar di bawah seksyen 13.
Pemakaian 11b. (1) Peruntukan Akta ini, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Bahagian ini dan tertakluk kepada ubah suaian dalam Jadual, hendaklah terpakai kepada barang bernilai rendah.
(2)
Bahagian VIII, IX, IXa, dan XIII, dan seksyen 3, 14,
15, 16, 23, 32, 35, 36, 37, 40, 41a, 43, 44, 45, 46, 47, 57a,
76 dan 96 tidak terpakai kepada barang bernilai rendah.
Pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah 11c. (1) Bahagian ini hendaklah terpakai kedua-duanya di dalam dan di luar Malaysia.
Cukai Jualan (Pindaan)
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Bahagian ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, melepasi had geografi Malaysia dan perairan wilayah Malaysia, jika orang itu—
(a)
ialah seorang penjual; atau
(b)
berdaftar di bawah seksyen 13 sebagai penjual berdaftar.
Paparan maklumat pada bungkusan 11d. Tiap-tiap penjual berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah butir-butir yang ditetapkan yang hendaklah dipaparkan pada bungkusan barang bernilai rendah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.”.
Pindaan seksyen 19