Malaysia legislation

Section 4

of AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 4

Seksyen baharu 57a

seksyen yang berikut:

“Kekurangan kuantiti barang bercukai dalam kawasan khas 57a.  (1)  Jika didapati oleh Ketua Pengarah pada bila-bila masa bahawa dalam kawasan khas terdapat kekurangan pada kuantiti barang bercukai yang dalam keadaan biasa sepatutnya berada dalam kawasan khas itu, mana-mana orang yang merupakan atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya, ejen atau orang yang memiliki, atau yang berkepentingan secara benefisial dalam, atau yang mempunyai apa-apa kawalan ke atas, atau berkuasa untuk melupuskan, barang itu hendaklah—

(a)

jika tiada bukti sebaliknya, dianggap sebagai telah mengangkut barang itu ke Malaysia secara menyalahi undang-undang; dan

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1671

(b)

bertanggungan untuk membayar cukai jualan yang boleh dilevi pada tarikh kuantiti barang itu didapati kurang seolah-olah barang itu diimport ke dalam Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika dibuktikan kepada

Ketua Pengarah dengan memuaskan hatinya bahawa kekurangan itu telah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan, Ketua Pengarah boleh meremit kesemua atau sebahagian daripada cukai jualan yang boleh dilevi atas barang yang didapati kurang itu.”.

Pindaan seksyen 91

Section 4 — AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2022 | mylaw.my