Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

Seksyen 2

Tafsiran

(a)

keuntungan selain daripada keuntungan atau laba yang boleh dikenakan atau yang dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah undang-undang cukai pendapatan;

atau

(b)

dalam hal sesuatu unit amanah, keuntungan yang tidak dikira sebagai pendapatan di bawah undang-undang cukai pendapatan;

“keuntungan yang boleh dikenakan cukai” mempunyai erti yang diberikan oleh seksyen 7;

“kumpulan orang” ertinya sesuatu kumpulan orang yang tidak diperbadankan (yang bukan sesuatu syarikat) termasuk keluarga sekutu Hindu tetapi tidak termasuk perkongsian;

“Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia” ertinya Lembaga Hasil

Dalam Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga

Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533];

“melupuskan” ertinya, tertakluk pada subseksyen (4), menjual, memindah hak, memindah milik, menyerah hak, menyelesaikan atau

10

Undang-Undang Malaysia memberi milik sama ada melalui perjanjian atau melalui kuat kuasa undang-undang;

“memperoleh” termasuklah, tertakluk pada subseksyen (4), memperoleh dengan pembelian, pemberian, pertukaran, penyelesaian atau lain-lain;

“opsyen” termasuklah opsyen dalam sesuatu hal di mana—

(a)

pemberi mengikat diri untuk menjual apa yang tidak dipunyai olehnya dan, oleh sebab opsyen ditinggalkan, dia tidak pernah pada bila-bila masa mempunyainya; dan

(b)

pemberi mengikat diri untuk membeli apa dia tidak memperoleh oleh sebab opsyen ditinggalkan;

“orang” termasuklah suatu syarikat, suatu perkongsian, suatu kumpulan orang, perkongsian liabiliti terhad dan suatu perbadanan tunggal;

“orang tidak berdaya” ertinya seseorang belum dewasa atau seseorang yang diputuskan di bawah sesuatu undang-undang sebagai berada dalam keadaan ketidaksempurnaan akal (walau bagaimana pun diperihalkan);

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik atau diberi kuasa di bawah seksyen 45 untuk menjalankan apa-apa fungsi Ketua Pengarah atau untuk menjalankan atau membantu dalam menjalankan mana-mana fungsi tersebut;

“pekongsi yang terdahulu” mempunyai erti yang diberikan oleh perenggan 86(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967;

“pemastautin” ertinya seorang pemastautin di Malaysia bagi maksud

Akta Cukai Pendapatan 1967, kecuali bahawa sebutan mengenai tahun asas atau tahun asas bagi sesuatu tahun taksiran dalam Akta itu hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai sesuatu tahun taksiran di bawah Akta ini;

Cukai Keuntungan Harta Tanah 11

“pemastautin tetap” ertinya seseorang yang dianggapkan sebagai sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan imigresen;

“penilai” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan menilai atau menaksir harta tanah dengan sah di sisi undang-undang;

“perkongsian” ertinya apa-apa jua jenis persatuan (termasuk duga niaga bersama, sindiket dan hal di mana suatu pihak dalam persatuan adalah sendirinya suatu perkongsian) antara pihak-pihak yang telah bersetuju untuk menggabungkan mana-mana daripada hak, kuasa, harta, tenaga atau kemahiran mereka bagi maksud menjalankan suatu perniagaan dan berkongsi keuntungan daripadanya, tetapi tidak termasuk keluarga sekutu Hindu sungguhpun keluarga itu boleh jadi seorang pekongsi dalam suatu perkongsian;

“perkongsian liabiliti terhad” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti

Terhad 2012 [Akta 743];

“perniagaan” termasuklah profesion, pekerjaan dan tred dan apa-apa perkilangan, duga niaga atau usaha daripada jenis tred;

“Pesuruhjaya Khas” ertinya Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan yang dilantik di bawah seksyen 98 Akta Cukai Pendapatan 1967;

“syarikat” ertinya suatu pertubuhan perbadanan dan termasuklah sesuatu kumpulan orang yang ditubuhkan dengan suatu identiti yang berasingan di sisi undang-undang oleh atau di bawah undang-undang sesuatu wilayah luar Malaysia dan suatu amanah perniagaan;

“syer” ertinya semua atau mana-mana daripada yang berikut:

(a)

saham dan syer dalam suatu syarikat;

(b)

saham pinjaman dan debentur yang dikeluarkan oleh suatu syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang lain, di mana-mana jua diperbadankan;

12

Undang-Undang Malaysia

(c)

kepentingan seseorang anggota dalam suatu syarikat yang tidak terhad oleh syer sama ada dia ada mempunyai suatu modal syer atau tidak;

(d)

apa-apa opsyen atau hak lain dalam, ke atas atau berhubungan dengan syer sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan (a) hingga (c);

“tahun taksiran” mempunyai erti yang diberikan oleh seksyen 10;

“taksiran” ertinya sesuatu taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini;

“tanah” termasuklah—

(a)

permukaan bumi dan segala benda yang menjadi permukaan itu;

(b)

tanah di bawah permukaan itu dan benda-benda di dalamnya;

(c)

bangunan di atas tanah dan apa-apa jua yang tercantum pada tanah atau yang terpasang dengan kekal pada apa-apa benda yang tercantum pada tanah (sama ada di atas atau di bawah permukaan itu);

(d)

kayu, pokok, tanam-tanaman dan tumbuhan lain yang hidup dan tumbuh di atas tanah; dan

(e)

tanah yang diliputi oleh air;

“tuan punya bersama” dan “kepunyaan bersama” mempunyai erti yang masing-masing diberikan kepadanya oleh *Kanun Tanah Negara

[Akta 56 tahun 1965];

*CATATAN— Dahulunya dikenali sebagai Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] dan telah disemak dan dinamakan sebagai Kanun Tanah Negara [Akta 828] mula berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020.

Cukai Keuntungan Harta Tanah 13

“undang-undang cukai pendapatan” ertinya undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia yang mengawal selia cukai pendapatan;

“wasi” ertinya wasi, pentadbir atau orang lain yang mentadbirkan harta pusaka seseorang si mati.

(2)

Sebutan dalam Akta ini mengenai Akta ini atau mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang lain termasuklah sebutan mengenai mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

(3)

Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, sesuatu sebutan dalam Akta ini mengenai perolehan atau pelupusan sesuatu bangunan termasuklah sebutan mengenai perolehan atau pelupusan tanah di atasnya bangunan itu terdiri.

(4)

Jika mana-mana tanah yang dipegang oleh dua orang atau lebih sebagai tuan punya bersama dipecah milik supaya meletak hak pada setiap seorang daripada mereka, di bawah hakmilik berasingan, sebahagian tanah itu yang luasnya berkadar sehampir mungkin dengan bahagian tidak pecahnya dalam keseluruhan tanah itu, pecah milik tanah itu tidak boleh dianggap bagi maksud Akta ini sebagai melibatkan perolehan atau pelupusan apa-apa bahagian atau kepentingan dalam tanah itu oleh mana-mana orang demikian.

Section 2 — AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976