Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

Seksyen 4

Undang-Undang Malaysia

(2)

Menteri, jika dia berpuas hati bahawa tujuan Kerajaan hendak menganjurkan supaya suatu Rang Undang-Undang dikemukakan untuk mengubah kadar cukai dengan apa-apa cara tertentu, boleh dengan perintah berkanun mengisytiharkan kadar yang hendak diubah dengan cara itu, dan, jika dia berbuat demikian, maka, tertakluk pada subseksyen (3) dan (4), Akta ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah kadar sebagaimana yang diubah sedemikian telah mula berkuat kuasa pada permulaan tahun pertama taksiran yang baginya

Rang Undang-Undang itu bertujuan untuk mengubah kadar itu.

(3)

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang boleh selepas ia dibuat dan hendaklah berhenti berkuat kuasa—

Cukai Keuntungan Harta Tanah 15

(a)

apabila tamat tiga bulan (atau sesuatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan dengan ketetapan

Dewan Rakyat) mulai dari tarikh perintah itu dibuat; atau

(b)

apabila mula berkuat kuasa (selepas tarikh perintah itu dibuat) Akta yang mengubah kadar cukai itu, mengikut mana yang lebih awal.

(4)

Jika sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

berhenti berkuat kuasa menurut subseksyen (3)—

(a)

amaun sesuatu cukai yang—

(i)

telah dikenakan oleh sesuatu taksiran mengikut perintah itu; dan

(ii)

kena dibayar (sama ada atau tidak cukai itu genap masanya atau genap masanya dan kena dibayar)

tetapi tidak dibayar pada tarikh perintah itu berhenti berkuat kuasa, hendaklah dikira sebagai dipinda kepada amaun yang tetap kena dibayar jika perintah itu tidak dibuat; dan

(b)

sekian banyak daripada sesuatu cukai yang telah dibayar oleh seseorang berikutan dengan perintah itu sebagaimana yang melebihi cukai yang kena dibayar di bawah undang-undang yang berkuat kuasa selepas sahaja tarikh perintah itu berhenti berkuat kuasa hendaklah dibayar balik oleh Ketua Pengarah jika orang itu—

(i)

membuat suatu tuntutan baginya dalam borang yang ditetapkan dalam masa satu tahun selepas tarikh itu; dan 16

Undang-Undang Malaysia

(ii)

memberi kepada Ketua Pengarah apa-apa butir lanjut mengenai tuntutan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Tempat letaknya kepentingan, opsyen, dsb.

Section 4 — AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976