Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

Seksyen 7

(a)

jika harga lupusannya itu lebih daripada harga perolehannya, maka terdapatlah suatu keuntungan yang boleh dikenakan cukai;

Cukai Keuntungan Harta Tanah 17

(b)

jika harga lupusannya itu kurang daripada harga perolehannya, maka terdapatlah suatu kerugian yang boleh dibenarkan; dan

(c)

jika harga lupusannya itu sama dengan harga perolehannya, maka tidaklah terdapat sama ada keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau pun kerugian yang boleh dibenarkan.

(2)

Dalam seksyen ini, suatu kerugian yang boleh dibenarkan ertinya suatu kerugian yang ditanggung atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai yang mana, jika ia suatu keuntungan, tetap boleh dikenakan cukai.

(3)

Subseksyen (1) hendaklah tertakluk dalam perjalanan kuat kuasanya kepada Jadual 2 yang hendaklah berkuat kuasa bagi menghitung harga perolehan dan lupusan dan selainnya sebagaimana diperuntukkan di dalamnya.

*(4) Jika—

(a)

ada kerugian yang boleh dibenarkan mengenai sesuatu pelupusan, kerugian yang boleh dibenarkan itu hendaklah hanya dibenarkan sebagai suatu potongan untuk mengurangkan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi seseorang dalam pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai yang berikutnya dalam tahun taksiran yang sama yang pelupusan itu telah dibuat; dan

(b)

oleh sebab tidak cukupnya atau tidak adanya keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran yang kerugian yang boleh dibenarkan itu timbul, kuat kuasa tidak dapat diberikan atau tidak dapat diberikan dengan sepenuhnya kepada perenggan (a), kerugian yang boleh

*CATATAN—Walau apa pun subseksyen 7(4) Akta ibu, apa-apa amaun kerugian yang boleh dibenarkan bagi tahun taksiran 2025 dan tahun-tahun taksiran sebelumnya yang tidak dipotong menurut subseksyen 7(4) Akta ibu bagi tahun taksiran 2025 boleh diambil kira bagi maksud potongan di bawah perenggan 7(4)(b) Akta ibu bagi tahun taksiran 2026 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya hingga tahun taksiran 2035 dan apa-apa amaun yang tidak dipotong menurut perenggan 7(4)(b) Akta ibu selepas berakhirnya tahun taksiran 2035 tidak diambil kira bagi maksud Akta ibu—lihat seksyen 21

Akta Kewangan 2025 [Akta 874].

18

Undang-Undang Malaysia dibenarkan yang tidak dibenarkan sedemikian (atau sekian banyak daripadanya yang tidak dibenarkan sedemikian bagi tahun itu), hendaklah dibenarkan sebagai potongan bagi mengurangkan keuntungan yang boleh dikenakan cukai seseorang bagi tahun pertama taksiran yang berikutnya yang baginya ada keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai yang lebih awal dan demikianlah seterusnya bagi tempoh sembilan tahun taksiran berturut-turut dan apa-apa amaun atau baki amaun yang tidak boleh ditolak pada hujung tempoh itu tidak diambil kira bagi maksud Akta ini.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), dalam hal seseorang individu, keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang disebut dalam subseksyen itu tidaklah termasuk mana-mana amaun yang dikecualikan di bawah Jadual 4.

Tempat kediaman persendirian

Section 7 — AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976