Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Pengecualian
(2)
Dewan Rakyat boleh dengan ketetapan memotong mana-mana butiran dalam Jadual 4 atau menambah apa-apa butiran atau butiran lanjut kepadanya.
Cukai Keuntungan Harta Tanah 19
(3)
Menteri boleh dengan perintah berkanun mengecualikan mana-mana golongan orang daripada semua atau mana-mana daripada peruntukan Akta ini.
(3A)
Menteri boleh dalam apa-apa keadaan yang tertentu mengecualikan mana-mana orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini, sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa pendapatan daripada suatu jenis tertentu atau golongan pendapatan daripada suatu jenis tertentu.
(4)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)
hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat.