Malaysia legislation
Section 4
of *AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL TIMAH) 1974
Seksyen 4
(2)
Jika bagi sesuatu tahun taksiran (dalam seksyen ini disebut tahun yang berkenaan) pencarum yang berkenaan mempunyai pendapatan statutori (dalam subseksyen ini disebut pendapatan statutori yang berkenaan) daripada perniagaan yang berkenaan yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan—
(a)
jika amaun pendapatan statutori yang berkenaan itu melebihi amaun caruman (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut amaun caruman yang berkenaan) yang dibayar olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan itu mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan itu, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan;
(b)
jika amaun pendapatan statutori yang berkenaan itu sama banyaknya dengan amaun caruman yang berkenaan, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai
Pendapatan;
(c)
jika amaun caruman yang berkenaan melebihi amaun pendapatan statutori yang berkenaan, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 132
dan lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerugian larasan yang ditanggung olehnya daripada perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan.
(3)
Jika bagi tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan tidak mempunyai pendapatan statutori yang ditentukan di bawah seksyen 42
Akta Cukai Pendapatan, daripada perniagaan yang berkenaan—
(a)
jika ada apa-apa kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan dalam perniagaan yang berkenaan, amaun caruman yang berkenaan hendaklah dicampurkan kepada amaun kerugian larasan itu dan amaun agregat itu hendaklah disifatkan sebagai kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan dalam perniagaan yang berkenaan, bagi maksud subseksyen 44(2)Akta Cukai
Pendapatan;
(b)
bagi sesuatu hal lain, amaun caruman yang berkenaan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan.
(4)
Jika bagi tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan mempunyai pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan, yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan, amaun pembayaran balik (dalam seksyen ini disebut pembayaran balik yang berkenaan) yang dibuat kepadanya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan mengenai apa-apa caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan, hendaklah dicampurkan kepada amaun pendapatan statutori itu dan amaun agregatnya hendaklah dikira sebagai amaun pendapatan statutorinya bagi tahun yang berkenaan daripada perniagaan yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai
Pendapatan.
Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran 9
Balik Stok Penimbal Timah)
(5)
Jika bagi tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan tidak mempunyai pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan, yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai
Pendapatan—
(a)
jika tidak ada kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan, amaun pembayaran balik yang berkenaan hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai
Pendapatan;
(b)
jika ada sesuatu kerugian larasan—
(i)
jika amaun pembayaran balik yang berkenaan melebihi amaun kerugian larasan tersebut, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta
Cukai Pendapatan;
(ii)
jika amaun pembayaran balik yang berkenaan sama banyaknya dengan amaun kerugian larasan tersebut, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan;
(iii)
jika amaun kerugian larasan tersebut, melebihi amaun pembayaran balik yang berkenaan, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2)
Akta
Cukai
Pendapatan.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 132
(6)
Jika sekiranya sesuatu pembayaran balik (dalam seksyen ini disebut pembayaran balik lewat) mengenai mana-mana caruman yang dibayar oleh pencarum yang berkenaan mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan peniagaan yang berkenaan, dibuat selepas peniagaan yang berkenaan telah tidak lagi dijalankan, pembayaran balik lewat itu hendaklah dikira bagi maksud subseksyen
(4)
dan (5) sebagai telah dibuat dalam tahun sebelum tahun taksiran yang akhir bagi penaksiran pendapatan daripada perniagaan yang berkenaan, dan sebagai suatu amaun yang sama banyaknya dengan amaun pembayaran balik yang sebenar:
Dengan syarat bahawa—
(a)
sementara menanti penetapan amaun pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu, pencarum yang berkenaan bolehlah disifatkan bagi maksud subseksyen ini sebagai telah menerima pembayaran balik lewat yang amaun agregatnya sama banyak dengan amaun agregat semua caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan, ditolak amaun semua pembayaran balik yang dibuat kepadanya sebelum peniagaan yang berkenaan itu tidak lagi dijalankan, mengenai apa-apa caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan itu;
(b)
jika pencarum yang berkenaan disifatkan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) proviso ini apabila ditetapkan amaun sebenar pembayaran balik lewat itu atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu—
(i)
jika amaun cukai pendapatan yang ditaksirkan mengikut perenggan itu kurang daripada amaun cukai pendapatan yang sepatutnya telah ditaksirkan jika amaun sebenar pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu telah ditetapkan, suatu penaksiran tambahan hendaklah dibuat dengan sewajarnya;
Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran 11
Balik Stok Penimbal Timah)
(ii)
jika amaun cukai pendapatan yang ditaksirkan mengikut perenggan itu melebihi amaun cukai pendapatan yang sepatutnya telah ditaksirkan jika amaun sebenar pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu telah ditetapkan, penaksiran itu hendaklah dikurangkan sebanyak suatu jumlah wang sama banyak dengan amaun lebihan itu.
(7)
Hak untuk menerima sesuatu pembayaran balik mengenai mana-mana caruman yang dibayar oleh pencarum yang berkenaan mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan, tidak boleh diserahakkan kecuali dengan persetujuan
Ketua Pengarah.
(8)
Pencarum yang berkenaan hendaklah menyerahkan perakuan carumannya kepada Ketua Pengarah untuk dihantar kepada Akauntan
Negara.
Pengiraan pembayaran balik bagi maksud cukai jika tiada pilihan