Malaysia legislation

Section 2

of AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2018

Seksyen 2

Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807] dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56 seksyen yang berikut:

“Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 56a.  Bagi maksud Akta ini, seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1579

yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.”.

Section 2 — AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2018