Malaysia legislation

Section 9

of AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2020

Seksyen 9

Seksyen baharu 34a

seksyen yang berikut:

“Pembayaran balik melalui pemotongan cukai perkhidmatan 34a.  (1)  Ketua Pengarah boleh mengarahkan mana-mana orang berdaftar untuk memotong amaun pembayaran balik terhadap amaun cukai perkhidmatan yang akan dibayar daripada penyatanya dalam seksyen 26 jika orang berdaftar itu telah diberikan pembayaran balik cukai perkhidmatan di bawah perenggan 34(3)(b) atau telah membuat potongan di bawah seksyen 23 atau 39.

(2)

Jika selepas pemotongan dibuat di bawah subseksyen (1), terdapat apa-apa baki dalam amaun pembayaran balik, baki itu hendaklah dibayar balik kepada orang berdaftar itu oleh Ketua Pengarah.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (2) untuk dikreditkan kepada apa-apa tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya dan Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang berdaftar itu.”.

Pindaan seksyen 40

Section 9 — AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2020