Malaysia legislation

Section 13A

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 13A

(2)

Sesuatu permintaan bagi kajian semula pembayaran balik hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Kerajaan dan hendaklah mengandungi—

(a)

senarai segala kemasukan dagangan subjek ke dalam

Malaysia yang baginya kajian semula pembayaran balik itu diminta; dan

(b)

segala keterangan yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa pengimport itu berhak mendapat pembayaran balik bagi setiap kemasukan itu.

32 Undang-undang Malaysia AKTA 504

(3)

Jika, apabila kajian semula pembayaran balik di bawah seksyen ini selesai, Kerajaan menentukan bahawa—

(a)

pembayaran balik duti timbal balas, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah patut;

(b)

tiada duti timbal balas sepatutnya telah dikenakan; atau

(c)

duti timbal balas yang dikenakan lebih tinggi daripada duti timbal balas yang sepatutnya dikenakan dalam hal keadaan itu,

Kerajaan hendaklah membayar balik apa-apa amaun duti timbal balas yang dipungut yang didapatinya patut.

(4)

Pembayaran balik di bawah subseksyen (3) hendaklah, setakat yang dapat dilaksanakan, dibuat dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penentuan kajian semula pembayaran balik itu.

(5)

Sesuatu dapatan dalam kajian semula pembayaran balik itu bahawa tiada duti timbal balas sepatutnya telah dikenakan tidaklah sendiri menghendaki Kerajaan supaya menamatkan duti timbal balas muktamad itu.

Kajian semula dipercepat

Section 13A — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993