Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 16

(2)

Apabila tidak terdapat jualan dalam pasaran dalam negeri negara pengeksport di bawah subseksyen (1), atau apabila jualan sedemikian tidak membenarkan suatu perbandingan yang sesuai, nilai normal hendaklah ditentukan—

(a)

dengan membandingkan dengan harga boleh banding keluaran serupa apabila dieksportkan ke negara ketiga yang sesuai dengan syarat bahawa harga boleh banding itu menggambarkan harga yang patut; atau

(b)

dengan membina nilai dagangan subjek dengan menambahkan kos pengeluaran di negara asal ditambah amaun yang munasabah bagi perbelanjaan penjualan, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan am lain dan bagi keuntungan.

(3)

Jika terdapat alasan munasabah untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa penjualan keluaran serupa di bawah subseksyen (1)

atau perenggan (2)(a) adalah pada harga di bawah kos pengeluaran seunit

(yang tetap dan berubah) termasuk perbelanjaan penjualan, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan am lain, penjualan itu boleh dikira telah tidak dibuat dalam perjalanan biasa perdagangan oleh sebab harga dan boleh diketepikan dalam menentukan nilai normal hanya jika Kerajaan menentukan bahawa penjualan itu telah dibuat dalam tempoh masa lanjutan dalam jumlah yang banyak dan adalah pada harga yang tidak mempunyai peruntukan bagi pendapatan balik segala kos dalam tempoh masa yang munasabah.

(4)

Jika harga penjualan yang disebut dalam subseksyen (3) lebih tinggi daripada kos seunit purata wajaran bagi tempoh penyiasatan, harga itu hendaklah dianggap mempunyai peruntukan bagi pendapatan balik kos dalam tempoh masa yang munasabah.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, amaun bagi perbelanjaan penjualan, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan am lain dan bagi keuntungan hendaklah diasaskan pada maklumat sebenar berkaitan

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 35

dengan pengeluaran dan penjualan dalam perjalanan biasa perdagangan keluaran serupa oleh pengeksport atau pengeluar yang sedang disiasat.

(6)

Jika amaun yang disebut dalam subseksyen (5) tidak dapat ditentukan atas asas yang dinyatakan dalam subseksyen itu, amaun itu boleh ditentukan atas mana-mana daripada asas yang berikut:

(a)

purata wajaran amaun sebenar yang ditanggung dan diperoleh oleh pengeksport atau pengeluar lain yang tertakluk kepada penyiasatan berkenaan dengan pengeluaran dan penjualan keluaran serupa dalam pasaran dalam negeri negara asal;

(b)

amaun sebenar yang ditanggung dan diperoleh oleh pengeksport atau pengeluar yang berkenaan mengenai pengeluaran dan penjualan keluaran daripada kategori am yang sama dalam pasaran dalam negeri negara asal; atau

(c)

apa-apa kaedah munasabah lain, dengan syarat bahawa amaun bagi keuntungan yang ada sedemikian tidak boleh melebihi keuntungan yang biasanya diperoleh oleh pengeksport atau pengeluar lain atas penjualan keluaran daripada kategori am yang sama dalam pasaran dalam negeri negara asal.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, kos pengeluaran hendaklah dihitung berasaskan rekod yang disimpan oleh pengeksport atau pengeluar yang sedang disiasat, dengan syarat bahawa rekod itu mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum di negara pengeksport yang berkenaan dan dengan semunasabahnya mencerminkan kos yang dikaitkan dengan pengeluaran dan penjualan dagangan subjek.

(8)

Kerajaan hendaklah menimbangkan segala keterangan yang ada mengenai penguntukan kos dengan sepatutnya, termasuk apa-apa keterangan yang disediakan oleh pengeksport atau pengeluar dalam perjalanan penyiasatan, dengan syarat bahawa ditunjukkan bahawa penguntukan itu telah digunakan oleh pengeksport atau pengeluar

36 Undang-undang Malaysia AKTA 504

sejak dahulu lagi, khususnya berhubungan dengan pewujudan tempoh pelunasan dan tempoh susut nilai yang patut dan elaun bagi perbelanjaan modal dan kos pembangunan lain.

Harga eksport

Section 16 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993