Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Perbandingan hendaklah dibuat pada tahap perdagangan yang sama, biasanya pada tahap di kilang, dan berkenaan dengan penjualan yang dibuat seboleh-bolehnya pada masa yang sama dan perbezaan lain yang menyentuh kebolehbandingan harga hendaklah diambil kira dengan sewajarnya.
(3)
Jika nilai normal dan harga eksport sebagaimana yang ada tidak berada pada asas boleh banding, kelonggaran yang sepatutnya,
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 37
dalam bentuk pelarasan, hendaklah diberikan dalam setiap hal, berdasarkan kewajarannya, bagi perbezaan faktor yang dituntut, dan yang ditunjukkan, sebagai menyentuh harga dan kebolehbandingan harga.
(4)
Jika penentuan harga eksport di bawah subseksyen 17(2)
menyentuh kebolehbandingan harga,
Kerajaan hendaklah mewujudkan nilai normal pada tahap perdagangan yang bersamaan, dengan tahap perdagangan harga eksport yang dibina, atau hendaklah memberikan kelonggaran yang sepatutnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.
(5)
Dalam hal apabila dagangan subjek tidak diimport secara langsung dari negara asal tetapi dieksportkan dari negara perantaraan, harga yang padanya dagangan subjek dijual dari negara pengeksport ke Malaysia hendaklah dibandingkan dengan harga boleh banding di negara pengeksport.
(6)
Walau apa pun subseksyen (5), perbandingan boleh dibuat dengan harga di negara asal jika—
(a)
dagangan subjek hanya dipindahkan melalui negara pengeksport;
(b)
dagangan subjek tidak dikeluarkan di negara pengeksport;
atau
(c)
tidak ada harga boleh banding bagi dagangan subjek di negara pengeksport.
(7)
Jika pengeksport atau pengimport menuntut pelarasan di bawah subseksyen (3), pengeksport atau pengimport itu hendaklah membuktikan bahawa tuntutannya wajar.
(8)
Kerajaan hendaklah memberitahu pihak yang berkenaan maklumat yang perlu untuk memastikan suatu perbandingan saksama.
38 Undang-undang Malaysia AKTA 504
Dagangan subjek dari negara berekonomi bukan pasaran