Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Pemulaan penyiasatan
(2)
Suatu petisyen di bawah subseksyen
(1)
hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi mengenai lambakan dan kemudaratan dan hubungan bersebab antara pengimportan dagangan subjek dengan kemudaratan yang dikatakan.
(3)
Setelah petisyen di bawah subseksyen (1) diterima tetapi sebelum tindakan diteruskan di bawah subseksyen (4), Kerajaan hendaklah memberitahu kerajaan negara pengeksport mengenai penerimaan petisyen itu.
(4)
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen itu dan maklumat dan keterangan lain yang ada untuk menentukan sama ada—
(a)
keterangan itu mencukupi untuk mewajarkan pemulaan penyiasatan;
(b)
terdapat tahap sokongan bagi atau tentangan terhadap petisyen itu yang mencukupi yang dinyatakan oleh industri dalam negeri; dan
(c)
suatu penyiasatan adalah demi kepentingan awam.
(5)
Suatu petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak dengan serta-merta jika Kerajaan berpuas hati bahawa—
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 39
(a)
tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai sama ada lambakan atau kemudaratan untuk mewajarkan pemulaan suatu penyiasatan duti anti-lambakan, seperti tetapi tidak terhad kepada hal apabila margin lambakan adalah de minimis atau apabila jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau
(b)
suatu penyiasatan tidaklah demi kepentingan awam.
(6)
Jika Kerajaan menolak suatu petisyen di bawah subseksyen (5),
Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu pempetisyen secara bertulis mengenai penentuannya untuk tidak memulakan suatu penyiasatan.
(7)
Walau apa pun subseksyen (1) Kerajaan boleh, dalam hal keadaan khas, memulakan suatu penyiasatan duti anti-lambakan atas kehendaknya sendiri tanpa menerima petisyen bertulis oleh atau bagi pihak industri dalam negeri bagi pemulaan penyiasatan sedemikian jika Kerajaan mempunyai keterangan yang mencukupi mengenai setiap perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
(8)
Jika
Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (7), Kerajaan hendaklah memberitahu pihak berkepentingan yang berkenaan dan menyiarkan notis pemulaan penyiasatan.
(9)
Keterangan mengenai lambakan dan kemudaratan kedua-duanya hendaklah dipertimbangkan serentak dalam keputusan sama ada untuk memulakan suatu penyiasatan dan selepas itu sepanjang perjalanan penyiasatan itu, bermula pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada tarikh terawal langkah sementara boleh dikenakan.
(10)
Kerajaan tidak boleh menzahirkan apa-apa petisyen yang dibuat di bawah seksyen ini melainkan jika Kerajaan telah membuat keputusan untuk memulakan suatu penyiasatan.
40 Undang-undang Malaysia AKTA 504
Pindaan kepada petisyen