Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
sama ada suatu margin lambakan wujud berkenaan dengan dagangan subjek dan margin lambakan itu; dan
(b)
sama ada kemudaratan didapati wujud mengikut mana-mana satu daripada cara-cara yang berikut:
(i)
dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa;
(ii)
dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa;
atau
(iii)
dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, sedang menyebabkan kerencatan material penubuhan industri sedemikian di Malaysia.
(2)
Jika Kerajaan membuat penentuan awal negatif mengenai
42 Undang-undang Malaysia AKTA 504
subseksyen (1), ía hendaklah menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab bagi penentuan negatif itu dan—
(a)
meneruskan penyiasatan itu; atau
(b)
menamatkan penyiasatan itu jika difikirkan patut oleh
Kerajaan.
(3)
Jika Kerajaan membuat penentuan awal afirmatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah meneruskan penyiasatan dan menyiarkan suatu notis mengenai—
(a)
penentuan awal afirmatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuannya berkenaan dengan perenggan (1)(a)
dan (b); dan
(b)
langkah sementara yang terpakai.
Langkah sementara