Malaysia legislation
Section 34A
Seksyen 34A
(2)
Sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman hendaklah difailkan dalam Mahkamah Tinggi dalam masa tiga puluh hari selepas penyiaran penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan.
(3)
Sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman tidak boleh difailkan dalam Mahkamah Tinggi melainkan jika penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan telah disiarkan oleh Kerajaan mengikut Akta ini.
(4)
Walau apa pun Aturan 53 subkaedah 1(5) *Kaedah-Kaedah
Mahkamah Tinggi 1980, sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman dalam Mahkamah Tinggi tidak boleh menghalang
Kerajaan memungut duti timbal balas atau duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah mana-mana penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad.