Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 4

(2)

Suatu petisyen di bawah subseksyen

(1)

hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi mengenai kewujudan subsidi dan kemudaratan dan hubungan bersebab antara pengimportan dagangan subjek dengan kemudaratan yang dikatakan.

(3)

Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen itu dan maklumat dan keterangan lain yang ada untuk menentukan sama ada —

(a)

keterangan itu mencukupi untuk mewajarkan pemulaan penyiasatan;

(b)

terdapat tahap sokongan bagi atau tentangan terhadap petisyen itu yang mencukupi yang dinyatakan oleh industri dalam negeri; dan

(c)

suatu penyiasatan adalah demi kepentingan awam.

(4)

Suatu petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak dengan serta-merta jika Kerajaan berpuas hati bahawa—

(a)

tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai sama ada pensubsidian atau kemudaratan untuk mewajarkan pemulaan suatu penyiasatan duti timbal balas, seperti tetapi tidak terhad kepada hal apabila amaun subsidi adalah de minimis atau apabila jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, atau kemudaratan, adalah sedikit sahaja; atau

(b)

suatu penyiasatan tidaklah demi kepentingan awam.

(5)

Jika Kerajaan menolak suatu petisyen di bawah subseksyen (4),

Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu pempetisyen secara bertulis mengenai

18 Undang-undang Malaysia AKTA 504

penentuannya untuk tidak memulakan suatu penyiasatan.

(6)

Walau apa pun subseksyen (1) Kerajaan boleh, dalam hal keadaan khas, memulakan suatu penyiasatan duti timbal balas atas kehendaknya sendiri tanpa menerima petisyen bertulis oleh atau bagi pihak industri dalam negeri bagi pemulaan penyiasatan sedemikian jika Kerajaan mempunyai keterangan yang mencukupi mengenai setiap perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

(7)

Jika

Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (6), Kerajaan hendaklah memberitahu pihak berkepentingan yang berkenaan dan menyiarkan notis pemulaan penyiasatan.

(8)

Keterangan mengenai subsidi dan kemudaratan kedua-duanya hendaklah dipertimbangkan serentak dalam keputusan sama ada untuk memulakan suatu penyiasatan dan selepas itu sepanjang perjalanan penyiasatan itu, bermula pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada tarikh terawal langkah sementara boleh dikenakan.

(9)

Kerajaan tidak boleh menzahirkan apa-apa petisyen yang dibuat di bawah seksyen ini melainkan jika Kerajaan telah membuat keputusan untuk memulakan suatu penyiasatan.

Perundingan dengan kerajaan asing yang berkepentingan

Section 4 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993