Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 50

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

untuk menetapkan tempoh masa bagi apa-apa tindakan diambil di bawah Akta ini;

(b)

untuk memperuntukkan bagi perlanjutan masa bagi apa-apa tindakan diambil dan hal-hal keadaan apabila perlanjutan boleh diberikan;

(c)

untuk memperuntukkan bagi bentuk dan kandungan notis yang dikehendaki bagi maksud Akta ini dan prosedur yang berhubungan dengan pemberian notis itu;

(d)

untuk memperuntukkan bagi langkah anti-pemintasan;

(e)

untuk memperuntukkan bagi prosedur penyiasatan, kajian

64 Undang-undang Malaysia AKTA 504

semula dan rayuan;

(f)

untuk memperuntukkan bagi apa-apa fi yang dikehendaki dikenakan berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki bagi maksud Akta ini;

(g)

untuk memperuntukkan bentuk aku janji yang boleh disetuju terima oleh Kerajaan dan prosedur yang berhubungan dengannya; dan

(h)

untuk memperuntukkan bagi semua perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan Akta ini.

(3)

Peraturan di bawah seksyen ini—

(a)

boleh memperuntukkan bahawa mana-mana perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan mana-mana peruntukannya menjadi suatu kesalahan; dan

(b)

boleh memperuntukkan bagi pengenaan penalti yang tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit bagi kesalahan sedemikian.

Pemansuhan Akta Kastam (Lambakan dan Subsidi) 1959

Section 50 — AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993