Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

Seksyen 8

(a)

sama ada subsidi sedang diberikan berkenaan dengan dagangan subjek dan amaun subsidi itu; dan

(b)

sama ada kemudaratan didapati wujud mengikut mana-mana satu daripada cara-cara yang berikut:

(i)

dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di

Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa;

(ii)

dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 21

mengancam untuk menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa; atau

(iii)

dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, sedang menyebabkan kerencatan material penubuhan industri sedemikian di Malaysia.

(2)

Jika Kerajaan membuat penentuan awal negatif mengenai subseksyen (1), ia hendaklah menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab-sebab bagi penentuan negatif itu dan —

(a)

meneruskan penyiasatan itu; atau

(b)

menamatkan penyiasatan itu jika difikirkan patut oleh

Kerajaan.

(3)

Jika Kerajaan membuat penentuan awal afirmatif mengenal subseksyen (1), ia hendaklah meneruskan penyiasatan dan menyiarkan suatu notis mengenai—

(a)

penentuan awal afirmatif itu, dengan menyatakan sebab-sebab bagi penentuannya berkenaan dengan perenggan (1)(a) dan

(b)

; dan

(b)

langkah sementara yang terpakai.

Langkah sementara