Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Pengecualian duti eksais
(2)
Menteri boleh dalam sesuatu kes tertentu:
(a)
mengecualikan mana-mana orang daripada membayar kesemua atau sesuatu bahagian daripada duti eksais atau apa-apa fi atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang; atau
(b)
boleh mengarah dipulangkan balik kepada mana-mana orang kesemua atau sesuatu bahagian daripada duti eksais atau apa-apa fi atau caj lain yang ditetapkan yang telah dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang, dan pada memberi pengecualian itu atau pada mengarahkan pemulangan balik itu, boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Eksais 33
(3)
Apa-apa barang-barang yang mengenainya sesuatu pengecualian daripada membayar duti eksais telah diberi di bawah subseksyen (1)
atau (2) hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti sehingga syarat-syarat, jika ada, yang tertakluk padanya pengecualian daripada duti itu diberi adalah dipenuhi, dan boleh dikenakan segala caj lain, yang bukan duti eksais, yang kepadanya barang-barang itu sepatutnya tertakluk jika sekiranya tiada sesuatu pengecualian itu telah diberi.
Menteri boleh meremit duti eksais, dsb.