Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 16

(a)

dalam hal barang-barang yang dikilang di Malaysia, kadar duti eksais atau penilaian (jika ada) yang berkuat kuasa pada hari barang-barang itu dipindahkan dari tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain, atau dari gudang berlesen, atau suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah tempat barang-barang itu disimpan atau dari mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais;

(b)

dalam hal barang-barang yang diimport dengan sah—

(i)

jika barang-barang itu (selain petroleum di dalam suatu gudang berlesen) digudangkan, atau jika duti eksais dibayar di stesen pemungutan, kadar yang berkuat kuasa pada hari pemindahan barang-barang itu dibenarkan oleh pegawai yang hak atau, dalam hal stesen pemungutan, oleh seorang pegawai yang dilantik di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di

Singapura berhubung dengan pemungutan duti eksais yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia;

(ii)

jika barang-barang itu terdiri daripada pertoleum yang berada di dalam gudang berlesen, kadar yang berkuat kuasa pada hari petroleum itu dipindahkan dari gudang itu;

(iii)

jika barang-barang itu diimport melalui pos, kadar yang berkuat kuasa pada hari duti ditaksir oleh pegawai yang hak; dan

Eksais 41

(iv)

dalam apa-apa hal lain, kadar yang berkuat kuasa pada hari barang-barang itu dilepaskan oleh pegawai yang hak; dan

(c)

dalam hal barang-barang menyalahi eksais, kadar yang berkuat kuasa pada hari barang-barang itu menjadi barang-barang menyalahi eksais, jika diketahui, atau kadar yang berkuat kuasa pada hari penyitaan, mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1670).

Pengenaan atau penghapusan duti eksais