Malaysia legislation

Section 18A

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 18A

Perakuan oleh Ketua Pengarah boleh diterima sebagai keterangan

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau rukun keterangan yang berlawanan, jika dalam apa-apa prosiding suatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

berkenaan dengan suatu keputusan yang dibuat olehnya di bawah seksyen 5B, 8B atau 18 dikemukakan, dokumen itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan hendaklah diterima sebagai keterangan yang mencukupi bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya dan Ketua Pengarah tidak boleh dikehendaki supaya memberikan keterangan berkenaan dengan keputusan itu melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya.