Malaysia legislation

Section 19B

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 19B

Tiap-tiap orang yang menuntut pulangan cukai atas apa-apa barang yang dieksport semula hendaklah, sendiri atau melalui ejennya, membuat suatu akuan kepada seorang pegawai kanan eksais dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, bahawa barang-barang itu telah sebenarnya dieksport semula dan tidak didaratkan semula atau diturunkan dari kereta api dan tidak dimaksudkan untuk didaratkan semula atau diturunkan dari kereta api di mana-mana pelabuhan kastam, lapangan terbang kastam atau tempat dalam Malaysia atau dalam mana-mana pelabuhan di Malaysia.