Malaysia legislation
Section 19E
Seksyen 19E
Pemulangan balik kepada pelawat dan pemunya sampel
Apabila apa-apa barang persendirian atau barang lain yang telah diimport oleh pelawat ke Malaysia untuk kegunaan mereka sendiri, atau sampel yang diimport oleh pengembara dagangan, atau sampel dagangan atau apa-apa barang lain yang ditetapkan, yang ke atasnya duti eksais telah dibayar dieksport semula dalam masa tiga bulan dari tarikh pengimportan atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, sama ada secara am atau dalam mana-mana hal tertentu, Ketua Pengarah boleh membenarkan pulangan cukai duti eksais itu.