Malaysia legislation
Section 19F
Seksyen 19F
Pelepasan duti ke atas barang-barang import untuk sementara
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa barang-barang diimport hanya untuk sementara dengan tujuan untuk pengeksportan semula kemudiannya, dia boleh membenarkan barang-barang itu diserahkan ketika pengimportan tanpa pembayaran duti tertakluk pada pembayaran suatu deposit yang bersamaan dengan tidak kurang daripada amaun duti yang kena dibayar jika barang-barang itu diimport bagi kegunaan tempatan atau cagaran diberikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayaran duti itu, dan deposit itu hendaklah dipulangkan balik atau cagaran itu dilepaskan jika barang-barang itu dieksport semula dalam masa tiga bulan daripada tarikh pengimportan atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.