Malaysia legislation

Section 19G

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 19G

Mengimbangi pulangan cukai atau pemulangan balik terhadap amaun terhutang

Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, keseluruhan atau sebahagian—

(a)

apa-apa amaun duti eksais, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa amaun duti kastam, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain di bawah Akta Kastam 1967;

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(c)

apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah

*Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];

(d)

apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah

**Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];

(e)

apa-apa amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah ***Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762];

(f)

apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah

Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806]; atau

(g)

apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah

Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807],

Ketua Pengarah boleh mengimbangkan apa-apa amaun atau mana-mana bahagian amaun pulangan cukai atau pemulangan balik yang genap masa kepada orang itu terhadap amaun yang tidak dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f) atau (g), dan

Ketua Pengarah hendaklah mengira amaun yang diimbangkan sebagai

*CATATAN—Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2015-lihat subseksyen 178(1)

Akta 762.

**CATATAN—Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2015-lihat subseksyen 181(1)

Akta 762.

***CATATAN— Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah dimansuhkan oleh

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805] yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2018-lihat P.U.(B) 510/2018.

Eksais 47

pembayaran atau sebahagian daripada pembayaran yang diterima daripada orang itu.