Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Menteri boleh dengan perintah mengecualikan, tertakluk pada syarat-syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana kelas orang daripada subseksyen (1).
(3)
Sesuatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah dikeluarkan menurut budi bicara Ketua Pengarah dan hendaklah dikeluarkan apabila dibayar apa-apa bayaran, dan tertakluk pada apa-apa syarat yang ditetapkan olehnya bagi tiap-tiap satu kes dan kepada apa-apa syarat tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dicatatkan pada lesen itu.
(4)
Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang yang diberi suatu lesen di bawah seksyen ini supaya memberi apa-apa sekuriti yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah bagi pematuhan yang sewajarnya oleh orang itu akan Akta ini dan pada amnya bagi perlindungan hasil eksais; dan sementara menanti sekuriti itu diberi Ketua
Pengarah boleh enggan mengeluarkan sesuatu lesen.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(5)
Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh dipindah milik, digantung atau dibatalkan pada bila-bila masa oleh
Ketua Pengarah.
(6)
Apabila sesuatu lesen digantung atau dibatalkan maka pengilang berlesen itu tidaklah berhak mendapat pulangan balik apa-apa bayaran lesen yang telah dibayar.
(7)
Seseorang pengilang berlesen boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah—
(a)
bagi memindah milik lesennya kepada seseorang lain; dan dalam hal yang demikian orang lain itu hendaklah turut serta dalam permohonan itu;
(b)
bagi memindahkan kilang penapisnya atau tempat pengilangannya ke mana-mana tempat lain, dan Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya, enggan meluluskan sesuatu permohonan itu; dan jika Ketua Pengarah telah meluluskan sesuatu permohonan itu maka ia hendaklah, apabila diserahkan balik lesen yang sedia ada itu dan apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, jika ada, membuat catatan yang perlu padanya atau mengeluarkan suatu lesen baru sebagaimana yang difikirkannya sesuai.
(8)
Sesuatu lesen untuk menyuling, menapai ataupun mengilang barang-barang berduti, hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu lesen bagi menggudangkan barang-barang berduti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25(1).
(9)
Sesuatu peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 85 bagi mengatur kawalan gudang-gudang berlesen hendaklah dipakai bagi gudang-gudang yang disifatkan sebagai berlesen sedemikian di bawah subseksyen (8), setakat mana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
Eksais 49
Tiada seorang pun kecuali pengilang berlesen boleh menyimpan alat penyulingan, dsb.