Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Tiada seorang pun selain seorang pengilang berlesen dalam produk tembakau atau seseorang yang dikecualikan di bawah subseksyen 20(2) boleh dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki apa-apa mesin kendalian tangan untuk mengilang tembakau atau apa-apa bahagian atau alat tambah mesin itu.
(3)
Pemunya atau penduduk mana-mana tanah atau premis di mana didapati ada apa-apa alat penyulingan, kelengkapan atau lain-lain perkakas untuk menyuling atau menapai atau pun mengilang apa-apa barang-barang berduti atau apa-apa mesin kendalian kuasa atau kendalian tangan untuk pengilangan tembakau hendaklah tiap-tiap seorang disifatkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki alat penyulingan, kelengkapan atau perkakas lain atau mesin kendalian kuasa atau mesin kendalian tangan untuk pengilangan tembakau, mengikut mana yang berkenaan.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dipakai bagi sesuatu alat penyulingan, kelengkapan atau perkakas lain untuk menyuling, menapai atau pun mengilang barang-barang berduti, atau bagi apa-apa mesin kendalian kuasa untuk mengilang tembakau, atau bagi sesuatu bahagian atau alat tambah mesin itu—
(a)
yang dipegang sebagai barang niaga oleh seseorang peniaga bona fide perkakas atau jentera itu;
(b)
yang dengan kelulusan Ketua Pengarah, berada dalam milik seseorang yang membina suatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain barang-barang berduti, atau yang
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
berada dalam milik mana-mana orang yang menduduki sesuatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain yang berkenaan dengannya sesuatu lesen di bawah subseksyen 20(1) telah dahulunya berkuat kuasa dan telah dengan kelulusan Ketua Pengarah diserahkan balik, digantung atau tidak diperbaharui oleh sebab terhentinya kendalian yang baginya tempat pengilangan itu telah dilesen.
Pengecualian